Pada 18 Jun 2018 NUBE telah sampai ke Liverpool untuk turut serta bersama dengan 2000 perserta lain dari seluruh dunia untuk meraikan majlis perpisahan seorang pemimpin hebat yang juga merupakan rakan kepada NUBE lebih daripada 38 tahun.
UNI Global memperolehi seorang pemimpin yang amat berdedikasi yang mana beliau telah memimpin sebagai Setiausaha Agung untuk 18 tahun dan beliau juga merupakan Setiausaha Agung kepada FIET sebelum UNI Global dibentuk.
Sudah pasti, NUBE akan merinduinya kerana sejak dari dahulu lagi, beliau sentiasa mengekalkan hubungan yang baik dengan NUBE. Kami telah memberikan beliau satu anugerah momentum Bintang David sebagai pengiktirafan diatas keberanian beliau untuk bersuara demi Pekerja
Berdepan dengan dewan kongres di Liverpool dipenuhi, Jennings telah menyatakan apa yang tersirat di lubuk sanubarinya mengenai perjalanan peribadi beliau yang tidak hanya membawa beliau dari Cadiff ke Switzerland malahan juga ke semua tempat tumpuan dunia seperti di Colombia dan Palestin. Beliau benar-benar menjadi pewira global untuk hak pekerja.
Jennings yang berusia 65 tahun telah banyak memberikan sumbangan kepada UNI dan kami amat yakin beliau akan terus menjadi duta Pekerja di ILO.
Kami mendoakan beliau terus di kurniakan kesihatan yang baik dan mencapai setiap kejayaan dalam usaha beliau untuk terus berkhidmat kepada populasi pekerja di seluruh dunia.
Sdr Phillip juga diiringi oleh ibu bapanya, adik-beradik, isteri dan anak-anaknya yang turut hadir dalam acara bersejarah ini dan NUBE bernasib baik dapat berbual dengan mereka.
Calon pengganti beliau, Christy Hoffman telah dipersetujui sebulat suara untuk dilantik sebagai Setiausaha Agung kedua UNI Global Union di Kongres tersebut. Beliau mempunyai keupayaan yang jitu untuk terus menerajui UNI ke arah kecemerlangan demi kepentingan pekerja yang bergabung bersama UNI.