Dewan Sri Pinang, 14 Julai 2018 - Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang 2018
NUBE Northern Region -PKP telah melakar sejarah sekali lagi dimana Ahli Jawatankuasa NUBE Northern Region - PKP Sdr Abdul Hafiz Abd Ghafol telah dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) sempena Hari Ulang Tahun Ke-80 TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (DR.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas.
Penganugerahan ini dikurniakan diatas pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas perkhidmatan yang telah beliau berikan kepada NUBE demi memartabatkan warga kaum pekerja khususnya di industri perbankan.
Barisan EXCO NUBE ingin merakam sakalung tahniah buat Sdr Abdul Hafiz.