Sewaktu berlangsungnya aktiviti Program Pertukaran Pendidikan NUBE – KSPSI, NUBE Northern Region PKP telah mendapat perkhabaran bahawa ibu kepada Bro Chee Yeeh Ceeu selaku Setiausaha NUBE NR juga merupakan salah seorang Tenaga Pengajar bagi program ini telah kehilangan ibu tercinta pada petang semalam.
Bro J.Solomon Setiausaha Agung NUBE Malaysia, Bro Abdul Jamil Jalaludeen Timbalan Presiden NUBE Malaysia bersama 28 delegasi KSPSI turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat mendiang serta memberi semangat dan sokongan moral kepada Bro Chee Yeeh Ceeu.
Keluarga NUBE turut merakamkan ucapan takziah buat Bro Chee Yeeh Ceeu sekeluarga. Semoga mereka terus tabah dan kuat menempuhi kehilangan ini.Kasih Ayah sanggupkah berpisah,Kasih Ibu membawa ke syurga.