26hb Julai 2018 - Program Pertukaran Pendidikan NUBE - KSPSI pada hari ini diteruskan dengan Sesi Penerangan dan sesi dialog di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) , Jabatan Perusahaan (JPP) dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).
Sejurus itu,para delegasi telah dibawa ke Pejabat NUBE NR bagi acara penutup program iaitu pengenalan kepada NUBE yang telah dikelola oleh Tenaga Pengajar Kebangsaan Bro Chen Ka Fatt dan sesi dialog NUBE - KSPSI dimana sesi dialog ini dipengerusikan oleh Sdr Abdul Jamil Jalaludeen.
Melalui sesi dialog ini,KSPSI dan NUBE saling membuka cabang fikiran dalam memberi serta menerima pandangan mengenai beberapa aspek terutamanya dari segi pentadbiran, pengurusan kewangan dan perlindungan sosial demi membangunkan dan memartabatkan kesatuan.
Sebelum sesi dialog NUBE - KSPSI diakhiri dengan jamuan makan malam, penyerahan sijil penyertaan dan cenderahati kepada semua 28 delegasi KSPSI telah dilaksanakan oleh Timbalan Presiden Sdr Abdul Jamil Jalaludeen sebagai tanda terima kasih.