Sungai Petani Kedah, 07 September 2018, NUBE Northern Region PKP telah mengadakan sesi ziarah waris Ahli NUBE Allahyarham Mohd Nasir Bin Abd Rahim dari Hong Leong Bank Lagenda Heights Sg Petani. Sesi ziarah diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan NR Sdr Md Jamil, bersama sama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Elias Yeah, Sdri Suhaili dan Sdri Nurul Huda di kediaman Allahyarham di Taman Berangan.
Pada sesi ziarah tersebut, NUBE NR turut menyerahkan sumbangan daripada NUBE Golden Retirement Plan atau lebih dikenali sebagai Benevolent Fund kepada isteri Allahyarham Pn Che Mazna Bt Abdul Rahman. Pn Mazna amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak NUBE sumbangan yang diberikan dan ianya amat bermakna buat mereka sekeluarga. Semoga roh Allahyarham Nasir dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.