NUBE House, Pulau Pinang, 26 November 2018 - Satu mesyuarat khas oleh ahli - ahli dari PBB cawangan Bandaraya telah diadakan di Union House Pulau Pinang pada hari ini bertujuan membincangkan penyelesaian kepada beberapa isu berbangkit yang sedang mereka hadapi. Mesyuarat dikendalikan oleh Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen Pengerusi NUBE NR PKP turut hadir Sdr L.Baskaran Naib Pengerusi, Sdr Ilyas, Bendahari Kht., Ketua Zon Sdr Karthigasan, AJK Sdr Zainul dan Sdr Hafiz.
Sdr Abdul Jamil menerusi ucapannya telah mengingatkan ahli-ahli untuk terus memelihara keutuhan solidariti yang terbina dan senantiasa berusaha memperkasakan ilmu kerana kedua- dua eleman ini sangat penting bagi menghadapi cabaran dan untuk kekal relevan dalam sektor perbankan.
Mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam menunjukkan ahli-ahli merasa terbeban dengan beberapa masalah yang dihadapi. Pegawai - Pegawai NUBE NR mengambil keputusan untuk melawat cawangan itu bagi menyelesaikan kebuntuan ahli-ahli di cawangan tersebut.
Diakhir mesyuarat,ahli-ahli sangat berterima kasih dan berharap jalan penyelesaian dapat dilaksanakan dengan segera. Mereka juga dinasihatkan untuk terus bersatu dan mengikut segala arahan serta nasihat NUBE.