Perjumpaan diketuai oleh Ketua Zon A Sdra Saifulizan dibantu oleh AJK NUBE KLSP Sdra Yushamizan.
Manfaat berkesatuan di kongsi bersama disamping menjawap soalan-soalan lazim berkenaan isu di tempat kerja. Di samping itu Sdra Saiful juga telah tegaskan keperluan mematuhi displin dan etika kerja mengikut polisi bank dan juga perjanjian kolektif MCBA-NUBE.
Maklumat mengenai kursus- kursus anjuran NUBE seperti Grassroots, Intermediate dan Advance juga dikongsi bersama mereka.
Pelantikan IRC pun telah dijalankan.
Semua Ahli bersemangat dan bersyukur adanya kesatuan NUBE bagi mereka.