NUBE meneruskan Piket Harapan kedua apabila tidak dapat berkompromi dengan penindasan HSBC dan tindakan-tindakan HSBC bercanggah dengan hak kesatuan dan terus menindas para Pekerja berpendapatan rendah. Piket yang dianjurkan oleh NUBE Northern Region PKP diteruskan juga walaupun cuaca agak panas terik, namun ia tidak luntur semangat lebih 600 para ahli yang hadir dari seluruh semenanjung Malaysia.
Semangat dan kekecewaan yang terpahat terhadap tindakan tidak adil HSBC terus dilaung-laungkan oleh ahli-ahli berpiket di HSBC Bayan Bay, Pulau Pinang dari pukul 11.00 pagi hingga ke pukul 2.00 petang.
Piket Harapan 1512 dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr Mohamad Ilyas Humayoon Kabeer dan diikuti oleh ucapan solidariti dari pemimpin - pemimpin Kesatuan Kebangsaan Pekerja -pekerja Bank (NUBE) serta Kesatuan gabungan MTUC. Antaranya ialah Sdr Suresh Bendahari Kesatuan EIEU, Timbalan Presiden NUBE Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen, Presiden Sdr Tan Eng Hong, Naib-Presiden Sdr Chee Yeeh Ceeu, Ahli Exco Sdr Kamarudin Bujang, Sdr Mohd Rahmat Abd Hamid, Sdr Mohamad Syukri Mustafa, Sdr Awang Ludin serta Ahli jawatankuasa NUBE KLSP Sdr Muhamat Yusri Muhamat Basir dan diakhiri oleh Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja - pekerja Bank (NUBE ) Sdr J. Solomon.
Bank Multinasional ini enggan mahu melaksanakan dialog sosial dengan NUBE untuk menyelesaikan semua isu-isu, sebaliknya, apabila dijemput CEO menolak mengadakan mesyuarat. Inilah sikap keangkuhan sebuah Bank Multinasional British yang tidak bertanggungjawab.
NUBE juga telah menghantar Memorandum kepada Kementerian Kewangan mengenai bagi menangani isu-isu ini tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Pihak Kementerian,
Diakhir ucapan Setiausha Agung Sdr J Solomon juga mengumumkan Piket Harapan Jelajah ini akan diteruskan pada bulan Januari 2019 bertempat di Johor Bahru selagi HSBC Bank masih angkuh dan Menteri Kewangan masih tidak masuk campur dalam isu ini.