30.1.2019, Georgetown, Pulau Pinang -Satu sesi dialog yang diketuai oleh Pengerusi NUBE NR-PKP Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama Ahli Jawatankuasanya telah diadakan bersama ahli-ahli CIMB Transaction Monitoring Unit (TMU), Menara BHL, Pulau Pinang telah diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa yang berbangkit di tempat kerja juga diikuti dengan perlantikan barisan IRCs yang baru. Pengerusi juga berpesan agar para ahli mematuhi arahan dan bekerja dengan penuh intergriti.
Ahli-ahli sangat gembira dengan penjelasan dan nasihat yang diberikan oleh kepimpinan NUBE NR-PKP dan berjanji dengan pelantikan IRCs yang baru akan memikul tanggungjawab serta memainkan peranan penting bagi mengekalkan keharmonian di tempat kerja.