Alor Setar, Kedah 12 Februari 2019 - Satu Mesyuarat Agung Tahunan bagi perlantikan IRC 2019 - 2020 telah diadakan di Cimb Bank Jalan Pegawai hari ini.Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Zon Sdr Tn Hj Mohamad Ilyas Humayoon Kabeer dan Ahli Jawatankuasa Kerja Sdri Suhaili Md Zolkflie.
Menerusi mesyuarat ini ahli-ahli turut berkongsi permasalahan yang berlaku ditempat kerja bagi mendapatkan penyelesaian sewajarnya.Sdr Tn Hj Mohamad Ilyas juga menasihatkan ahli- ahli untuk memperkasakan ilmu pekerjaan sebagai satu inisiatif bagi menghadapi cabaran dan kekal relevan dalam sektor perbankan.
Ahli - ahli sangat berpuas hati dan berikrar akan terus bersatu dan memberi sokongan yang teguh kepada NUBE. Tahniah kepada barisan IRC baru yang dilantik.