21.02.2019, Kulim - Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Abdul Ghani, Sdr Kartigasan dan Sdr Jeevan telah membuat lawatan kerja ke Bank Muamalat, Maybank, CIMB Bank, Bank Islam dan Public Bank Kulim.
Didalam sesi lawatan tersebut , Pegawai-pegawai NUBE telah berjumpa dengan ahli-ahli untuk beramah mesra dan menyelesaikan masalah berbangkit serta mengadakan taklimat insurans GMIS-NUBE atau dikenali sebagai Skim Insurans Berkelompok Pelbagai Manfaat bersama wakil dari GMIS.
Melalui skim ini ahli-ahli dapat menikmati pelbagai manfaat antaranya ialah manfaat kematian,manfaat hilang upaya total dan kekal (TPD),36 kejadian yang dilindungi dan manfaat kemalangan diri.Ahli-ahli berterima kasih dan gembira dengan kehadiran Pegawai NUBE PKP ke cawangan mereka.