Bayan Baru , Pulau Pinang 21/2/19 -Satu lawatan kerja di Zon 6 telah dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Zainul , Sdri Sonia bersama Ahli Jawatankuasa kerja Sdr Alvin dan Sdr Azlan.Antara cawangan bank di Zon 6 yang telah dilawati ialah Affin Bank , Maybank , RHB Bank ,HSBC Bank,CIMB Bank cawangan Queensbay dan CIMB cawangan Usm.
Pegawai-pegawai NUBE telah berjumpa dan bertegur sapa dengan ahli-ahli serta menyeru mereka untuk bersama bekerja seiring dengan arus perkembangan perbankan.Ahli-ahli bersatu menyambut seruan itu dan gembira dengan kehadiran Pegawai NUBE PKP ke cawangan mereka.