Zon 4, Seberang Perai, 22 Februari 2019 - Satu sesi taklimat mengenai NUBE/Skim Insurans Berkelompok Great Eastern telah diadakan di cawangan Public Bank Nibong Tebal dan Maybank Juru Autocity. Ia telah dikendalikan oleh Encik Arthi dari PSM GMIS dan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE Northern Region-PKP Sdr N. Karthigasan.
Daya Penarikan skim ini adalah ia ditawarkan kepada ahli-ahli NUBE serta keluarga dan semua warga pekerja bank dari pelbagai jawatan. Ia mendapat sambutan yang baik dimana 40 warga pekerja telah mengambil insuran berkelompok ini.
Terima kasih NUBE kerana senantiasa menjaga kebajikan warga pekerja di Industri perbankan.