Sungai Petani Kedah, 23 Feb 2019. Hidup ini adalah suatu pengembaraan, dan betapa sayangnya jika kita hanya tinggal dalam zon selesa kita dan tidak mencuba sesuatu yang baru. WL NUBE PKP telah mengadakan satu sesi " Hiking Solidarity" di Taman Semarak atau lebih dikenali sebagai Bukit H bermula jam 8pagi sehingga 10 pagi. Seramai 20 WL dari PKP menyertai pendakian ini.
Aktiviti ini diwujudkan untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui treking dan hiking. Ianya merupakan permulaan yang sangat bagus dan masing masing bersemangat dalam menghabiskan pendakian tersebut. Selain itu, masih ada manfaat lain apabila hiking bersama-sama di mana kita dapat menghabiskan waktu seperti sebuah keluarga, saling bantu membantu, memberi sokongan dan dorongan sepanjang pendakian dan terutamanya mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Solidarti Selamanya.