Mesyuarat Agung Tahun (AGM) Maybank Central Square, Sungai Petani
Sungai Petani, Kedah 26 Februari 2019 - Ahli Kesatuan NUBE dari Maybank cawangan Central Square telah mengadakan satu Mesyuarat Tahunan (AGM) untuk melantik Ahli Jawatankuasa Pelaras bagi tahun 2019 -2020.Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Sdr Rizal yang mengalu - alukan kehadiran Pengerusi NUBE NR PKP Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen dan Naib Pengerusi NUBE NR PKP Sdr L.Baskaran.Turut hadir Ahli Jawatankuasa cawangan Sdri Siti Haryati, Ahli Jawatankuasa kerja Sdr Nurul Huda dan Sdri Suhaili bersama AJK Kepimpinan Wanita NUBE NR PKP Sdri Rohelah.
Sejajar dengan perkembangan teknologi dalam industri perbankan, Sdr Abdul Jamil mengingatkan ahli- ahli supaya memperkasa ilmu pekerjaan.Hal ini bagi memastikan ahli - ahli kesatuan kekal relevan seiring dengan perubahan dalam sistem perbankan.Untuk menjadi produk terbaik NUBE & pekerja yang produktif, kecekapan & tatatertib juga perlu dititikberatkan.
Ahli- ahli juga dinasihatkan agar terus bersatu dan memelihara solidariti yang terbina. Mereka juga sangat bersyukur atas kejayaan perjanjian kolektif 2018 - 2020 dan berterima kasih kerana NUBE senantiasa mempertahankan hak pekerja dan menjadikan ahli kesatuan pekerja yang bermaruah.