Kota Bahru, 14hb Mac 2018 - Lebih 100 orang ahli turut bersama ahli- ahli HSBC yang mengenakan Pakaian berwarna merah telah menyertai Piket bagi mendesak HSBC menghentikan pelanggaran hak asasi manusia terutamanya membabitkan pekerja wanita yang berpendapatan rendah di HSBC.
Piket di Kota Bahru hari ini menyerlahkan kekecewaan ahli-ahli NUBE dari HSBC yang tidak mahu mengadakan sesi dialog sosial malahan HSBC terus mendera emosi khususnya Pekerja wanita dengan sukaria.
NUBE akan meneruskan Piket terhadap HSBC Bank esok demi untuk mempertahankan kepentingan ahli-ahli NUBE untuk memberhentikan diskriminasi dan sikap angkuh HSBC.