Kami telah mengiklankan program Yoga untuk Kesihatan dan Penyembuhan pada 6 Mei 2019.
Ini adalah sains faedah wholistik iaitu minda, badan dan jiwa yang memainkan peranan penting dalam mencapai setiap kejayaan, menentukan emosi kita serta
kesejahteraan fizikal kita. Untuk pencapai ini dan apa jua yang kita perlukan kita perlu mempelajari Pembangunan Minda dan Yoga untuk Kesihatan dan Penyembuhan.
Inisiatif ini adalah berdasarkan kejayaan Yoga Retreat dan Program Pembangunan Minda yang
diadakan pada bulan Februari 2019. Maklum balas dari peserta dan perubahan yang dilihat pada ramai peserta program tersebut telah mendorong Setiausaha Agung NUBE, Sdra J Solomon untuk berkongsi cara yang menakjubkan ini iaitu penguasaan minda, badan dan jiwa dengan lebih ramai orang lagi, bermula dengan ahli NUBE.
Sdra J Solomon telah menghubungi Persatuan Bank Perdagangan Malaya (MCBA) berkenaan dengan program ini dan Maybank Bhd telah mengambil langkah pertama untuk bekerjasama dengan NUBE dalam projek ini demi kepentingan para pekerjanya, untuk meningkatkan kesejahteraan mereka. Malah, untuk menentukan keberkesanan program ini, Encik Looi Heong Meng, Ketua Perhubungan Perusahaan dan Encik Raffique Tan, seorang Eksekutif Kanan di Jabatan Perhubungan Perusahaan telah menyertai program ini. Maybank Bhd juga membiayai eksekutif lain untuk program ini.
Program Pembangunan Minda telah
bermula pada 17 Mei 2019 dan peserta telah menyertai beberapa siri latihan
teoretikal dan praktikal untuk memahami matriks minda dan teknik mudah untuk memanfaatkan kuasa minda demi kepentingan diri, mengatasi rasa takut, keraguan,
kesal dan peristiwa lalu yang tidak diingini.
Para peserta kini tidak sabar
untuk sesi yang akan datang iaitu Yoga untuk Kesihatan dan Penyembuhan.