Pembangunan Minda 7 hari dan Yoga untuk Kesihatan dan Penyembuhan telah berakhir semalam.
Para Peserta telah berkongsi pengalaman yang memberi insiprasi berkenaan sesi yang amat bernilai ini seperti mereka yang datang dengan kesakitan badan / sendi, hilang kesakitan. Mereka yang menghidap kencing manis melihat penurunan paras gula dan mereka yang mengalami tekanan, dapat merasakan kelegaan dan sakit kepala, migrain dan sinusitis terus hilang.
Sambutan para peserta ini amat memberangsangkan dan kami suka cita atas kepuasan hati mereka.
Mempraktikkan yoga yang digabungkan dengan latihan pernafasan, meditasi dan pose telah terbukti secara saintifik untuk memberi banyak manfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
Dalam konteks itu, NUBE ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Maybank Berhad kerana mengambil langkah pertama dalam menaja pekerja mereka untuk program ini dan hasrat NUBE untuk melihat lebih ramai pekerja yang lebih sihat menjalani kehidupan yang bebas dari tekanan dengan lebih banyak manfaat yang diberikan oleh alam semulajadi.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil cabaran untuk mengikuti program ini.