4 Julai 2019, Rabu - Pada hari ini, ahli-ahli NUBE di cawangan CIMB Mergong, Alor Setar telah mengadakan mesyuarat agung tahunan.
Bro. Haji Mohamad Ilyas selaku Ketua Zon bersama-sama Ahli Jawatankuasa Kerja Bro. Manan, Bro. Zulkipli & Sis. Izzani telah mewakili NUBE Northern Region ke mesyuarat tersebut.
Antara penekanan yang diberikan adalah betapa pentingnya memastikan ahli-ahli masih lagi mempunyai kerja di bank pada waktu ini, ahli-ahli NUBE adalah pekerja yang bermaruah serta keperluan terhadap ahli-ahli bersatu padu dalam memberikan sokongan terhadap NUBE.
Tahniah dan syabas diucapkan pada semua ahli-ahli CIMB Mergong.