10 Julai 2019, Rabu - Pada hari ini, ahli-ahli NUBE di cawangan CIMB Autocity Juru telah mengadakan mesyuarat agung tahunan.
Saudara Haji Mohamad Ilyas telah mewakili NUBE Northern Region ke mesyuarat tersebut.
Antara penekanan yang diberikan adalah betapa pentingnya memastikan ahli-ahli masih lagi mempunyai kerja di bank pada waktu ini, ahli-ahli haruslah bersedia menerima skop pekerjaan baru demi memastikan ahli-ahli masih mempunyai pekerjaan di sektor perbankan.
Turut ditekankan adalah ahli-ahli NUBE adalah pekerja yang bermaruah serta keperluan terhadap ahli-ahli bersatu padu dalam memberikan sokongan terhadap NUBE.
Tahniah dan syabas diucapkan pada semua ahli-ahli CIMB Autocity Juru dan barisan IRC baru yang dilantik diketuai oleh Saudari Izzani Ismail.