SEBARANG gesaan meminta Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri akan mengganggu usaha-usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan membebaskan negara daripada rasuah dan pelanggaran lain pada masa lepas, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini.
Setiausaha Agungnya J.Solomon juga berkata tidak perlu mana-mana pihak menjalankan kaji selidik mengenai berapa lama Dr Mahathir patut memegang jawatan itu kerana pemimpin berusia 94 tahun itu mesti diberi seberapa banyak “masa dan ruang” yang diperlukannya untuk meletakkan ekonomi negara pada landasannya semula.
Source : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/169317