Pulau Pinang, 18 Julai 2019 - Setiausaha Kehormat NUBE NR-PKP Sdr Chee Yeeh Ceeu Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Zainul Ahamad Mydin bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Cheng Alvin, Sdr Azlan dan Sdr Abdul Hafiz telah membuat sambungan lawatan kerja di sekitar Georgetown MBSB Bank cawangan Pulau Pinang, UOB Bank Jln Kelawei dan Maybank Private Banking Pulau Tikus.
Ahli-ahli NUBE sangat gembira dengan kehadiran Pegawai-Pegawai NUBE NR-PKP dan dimaklumkan akan perkembangan terkini di industri perbankan. Di samping itu, mereka juga berkongsikan permasalahan yang dihadapi di cawangan dan telah menemui jalan penyelesaian setelah mendapatkan khidmat nasihat daripada Pegawai NUBE NR-PKP.
Pihak pengurusan bank juga mengalu-alukan kedatangan Pegawai NUBE NR-PKP demi menjaga kepentingan hubungan industri harmoni.