Georgetown, Pulau Pinang 26 Julai 2019 - Kehadiran Pegawai-pegawai NUBE NR di beberapa cawangan bank sekitar Georgetown bagi melaksanakan lawatan kerja membuatkan ahli-ahli berasa gembira dan berterima kasih.
Antara cawangan bank yang dikunjungi oleh Ahli Jawatan Kuasa Cawangan Sdr T. Eswaran bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Alvin dan Sdr Azlan ialah Maybank Green lane, CIMB Air Hitam dan RHB Paya Terubong. Ahli-ahli juga diberi penerangan ringkas berkaitan OSHA, menjaga tatatertib dan intergiti di tempat kerja.