Pulau Pinang, 25 Julai 2019 - Sambungan lawatan Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdri Sonia bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Cheng Alvin, Sdr Abdul Hafiz telah membuat lawatan kerja di sekitar Georgetown, antara Bank yang dilawati adalah UOB Bank cawangan Lebuh Bishop, Maybank Union Street dan PBB Harbour Trade
Lawatan kerja kali ini membincangkan beberapa isu isu berbangkit di tempat kerja. Ahli - ahli juga dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan aktiviti NUBE dan isu terkini sektor perbankan menerusi platform termasuk Social Media NUBE disamping dapat mengukuhkan semangat Solidariti, ahli-ahli sangat gembira dengan kehadiran Pegawai - Pegawai NUBE Northern Region, dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.