Georgetown, Pulau Pinang 01 Ogos 2019-NUBE NR PKP yang diwakili Ahli JawatanKuasa Cawangan Sdr T.Eswaran PJM bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Alvin dan Sdr Azlan telah membuat lawatan kerja di Cawangan CIMB Menara BHL dan CIMB TMU Jalan Sultan Azlan Shah.
Selain mendapatkan khidmat nasihat dan membincangkan permasalahan ditempat kerja, ahli- ahli juga diberi penjelasan ringkas berkaitan insurans NUBE/AIA. Ahli- ahli sangat berpuas hati dan berterima kasih dengan lawatan kerja dari Pegawai- pegawai NUBE NR PKP.