Berjaya Hotel, Penang 3hb Ogos 2019 -Satu Seminar Keselamatan Dan Kesihatan Dalam Pekerjaan (OSHA) telah diadakan hari ini dengan melibatkan penyertaan dari Ahli Jawatankuasa Kerja,Kepimpinan Sayap Wanita dan Jawatankuasa Penyelaras NUBE NR PKP.Seminar ini bertujuan mewujudkan kesedaran serta kefahaman untuk melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat kearah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.
Tenaga Pengajar NUBE Kebangsaan iaitu Sdr Micheal Tan Ean Hong, selaku Presiden NUBE Malaysia dan Sdr Chee Yeeh Ceeu, Naib Presiden NUBE Malaysia merangkap Setiausaha Kehormat NUBE NR PKP telah dipertanggungjawabkan mengelola seminar OSHA ini.Menerusi konteks seminar, para peserta telah diberi pendedahan berkaitan Sejarah OSH, Akta dan Peraturan OSH, Hazard dan Risiko , HIRARC dan pemahaman Piawaian ILO.
Diakhir seminar, Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen selaku Timbalan Presiden NUBE Malaysia merangkap Pengerusi Cawangan NUBE NR PKP telah menyempurnakan ucapan penutupan seminar. Sdr Abdul Jamil berharap agar ilmu yang sangat berharga ini bukan sahaja perlu difahami tetapi dikongsi dan diamalkan bersama. Secara kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam usaha memastikan kemalangan semasa bekerja dapat dikurangkan serta persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat dapat diwujudkan.Penyerahan Sijil Penyertaan turut disampaikan kepada para peserta sebelum bersurai.