Pulau Pinang, 06 Ogos 2019 - Beberapa buah cawangan bank di Jalan Farlim iaitu CIMB Bank, Maybank dan Public Bank telah dikunjungi oleh Pegawai-pegawai NUBE NR PKP hari ini.Lawatan kerja dari Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr T. Eswaran PJM bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Alvin dan Sdr Azlan diterima baik bukan sahaja oleh ahli -ahli , malah pihak majikan juga.
Dalam perjumpaan ini, ahli-ahli NUBE PKP diberi penjelasan mengenai isu - isu terkini perbankan dan aktiviti anjuran NUBE NR PKP.Ahli -ahli juga diingatkan untuk terus menjaga tertib dan intergiti ditempat kerja. Ahli-ahli NUBE berpuas hati dan gembira dengan kehadiran Pegawai-pegawai NUBE NR PKP.