Bro J Solomon yang telah hadir untuk sesi dialog Seminar Intermediate NUBE KLSP telah berkongsi banyak pandangan mengenai amalan buruh yang tidak adil yang dipraktikkan oleh beberapa bank serta Bank Negara Malaysia yang tidak bertanggungjawab.
Dalam menjawab pelbagai soalan, sebahagian besarnya di tumpukan kepada sekuriti pekerjaan; Bro J Solomon menyatakan bahawa pengurusan bank-bank serta Bank Negara Malaysia yang tidak bertanggungjawab ini akan menikam anda dari belakang kemudian bertanya kepada anda mengapa anda berdarah?
Ini adalah kerana, ianya amat menguntungkan kewangan mereka untuk menyampaikan tipu muslihat mereka yang disampaikan dalam bahasa yang indah.
Walaupun mereka menuntut "integriti" daripada para pekerja; dengan ketara pihak pengurusan yang tidak bertanggungjawab ini adalah talam dua muka yang tidak berguna.
Oleh itu, pekerja haruslah berwaspada untuk memerhatikan dan mengesan penipuan yang dilakukan oleh pengurusan yang tidak bertanggungjawab itu.
Kenyataan Bank yang mengatakan tidak akan ada lagi fungsi perkeranian adalah seolah-olah tidak akan ada lagi bank. Bank-bank ini tidak bersyukur, tidak menghargai, fasis; melindungi keuntungan peribadi mereka dan juga memenuhi ketamakan korporat.
Malah, bank-bank seperti ini mesti dinamakan dan dipermalukan; dan, orang awam harus menolak pengurusan bank yang tidak mempunyai "integriti".
Turut hadir ialah Bro Raghwan, bekas pakar buruh ILO yang berada di Malaysia untuk Bengkel MTUC Kajian Semula Undang-undang Buruh MTUC.