Khamis, | 19 September 2019
HSBC Bank M Bhd masih meneruskan aktiviti anti-kesatuannya malah memperhebatkan penindasan terhadap ahli serta pemimpin Kesatuan yang aktif walaupun ia jelas melanggar undang-undang negara ini,
Meskipun NUBE dengan ikhlas telah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian wujud secara baik tetapi bank tersebut terus bersikap degil serta angkuh dengan menolak segala usaha kami untuk mengadakan dialog social dan meneruskan penindasan ahli-ahli dan Pemimpin NUBE.
Ratu Elizabeth II selaku pemerintah United Kingdom adalah ketua Komanwel. Hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan kebebasan untuk berkersatuan adalah antara prinsip asas Piagam Komanwel. Malaysia adalah ahli Komanwel. Namun begitu, HSBC Bank terang-terang melanggar prinsip-prinsip asas ini.
Justeru, NUBE tidak ada pilihan kecuali membela ahli serta pemimpin kita daripada penindasan oleh sebuah bank milik asing ini daripada United Kingdom, sebuah negara yang tidak mempraktikkan apa yang dikhotbahkan.
Penindasan terhadap seorang adalah kezaliman ke atas semua!
Sehubungan itu, NUBE akan memulakan semula tindakan pertikaian perusahaan (trade dispute action) yang digantung sebelum ini dan akan mendedahkan HSBC Bank, sebuah institusi perbankan yang sarat dengan rasa dendam terhadap pekerjanya yang memperjuangkan hak untuk menambahbaik terma dan keadaan pekerjaan mereka.
Click here : http://online.fliphtml5.com/iidz/yttg/