Lawatan Solidariti Zon 6 NR PKP
Bayan Baru Pulau Pinang, 27 November 2019 - Satu lawatan kerja telah dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Zainul Ahamad Mydin bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Hafiz, Sdr Alvin dan Sdr Azlan. Antara cawangan yang dilawati adalah HLBB Sg Dua, HLBB Sg Ara, Alliance Bank Bukit Jambul dan PBB Relau.
Lawatan kali ini bukan sahaja membincangkan beberapa isu berbangkit di tempat kerja tetapi kekejaman yang berterusan dilakukan oleh Majikan HSBC terhadap kaum pekerja terutamanya golongan B40 turut mendapat kecaman. Para ahli akan sentiasa memberikan sokongan terhadap semua ahli-ahli NUBE di HSBC dan berjanji akan terus bersama dalam menegakkan keadilan.
#StopExportingJobs
#SaveJobs
#SaveLivelihood