Bayan Baru Pulau Pinang, 11 Februari 2020 - Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP iaitu Sdr. Zainul dan Sdri. Harinder bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Alvin telah dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan di Public Bank Cawangan Relau bagi sesi 2020/2021.
Perkongsian isu-isu berbangkit telah di bincangkan bagi mendapatkan nasihat dan jalan penyelesaian. Syabas dan tahniah atas perlantikan IRCs baru bagi sesi 2020/2021 yang berjalan dengan lancar. Para ahli juga dialu - alukan untuk menyertai Kejohanan Bowling Anjuran Kepimpinan Wanita NUBE NR PKP yang bakal diadakan pada 14 March 2020 di Ole - ole Super Bowl Bukit Mertajam.