Alor Setar - 13 Februari 2020: Pada hari ini, ahli-ahli PBB Jalan Telok Wanjah telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2020/2021.
Saudara Haji Mohamad Ilyas selaku ketua Zon 1 & Bendahari Kehormat serta Saudari Izzani Ismail, Ahli Jawatankuasa Kerja telah mewakili NUBE Wilayah Utara Penang/Kedah/Perlis menghadiri jemputan yang diberikan.
Antara masalah-masalah kritikal yang dibincangkan adalah campurtangan pegawai ketika ahli-ahli sedang menguruskan transaksi pelanggan. Ahli-ahli telah diberi penerangan sewajarnya berkenaan etika kerja dengan cara yang betul.
Semua ahli dinasihatkan agar bersatu padu dan memberi sokongan 100% ketika ahli lain ditimpa masalah. Turut diberitahu adalah perpaduan dan semangat kerjasama adalah senjata utama kesatuan.
Tahniah diucapkan kepada semua ahli-ahli PBB Jalan Telok Wanjah & Ahli Jawatankuasa Penyelaras baru yang dipilih. Diharap semua ahli dapat mengekalkan perpaduan.