Bersempena dengan Tahun Baru Cina pada Januari lepas, NUBE Cawangan Ipoh telah menganjurkan majlis Rumah Terbuka di premis Kesatuan pada 14 Februari 2020.
Majlis yang turut dikenali sebagai Spring Festival ini telah dimulakan dengan ucapan "Selamat Tahun Baru Cina" oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan dengan harapan agar para ahli sentiasa bahagia dan sihat pada tahun baru ini. Gong Xi Fa Chai.
Majlis Sambutan Tahun Baru Cina kali ini sangat meriah dan para ahli gembira dapat merayakan majlis ini bersama-sama. Malahan dapat dilihat semangat ukwah dan persahabatan antara ahli yang terjalin sepanjang majlis berlangsung.