15.2.2020, Georgetown, Pulau Pinang - NUBE Northern Region PKP telah menganjurkan satu progrm “Grassroot Level Seminar” di Union House NUBE NR-PKP.
Objektif seminar ini adalah untuk memperkasakan ahli-ahli bagi memahami tentang Perjanjian Kolektif, peranan, hak dan tanggungjawab mereka sebagai ahli kesatuan NUBE.
Seminar yang dikendalikan oleh Tenaga Pengajar Kebangsaan, Sdr Chen Ka Fatt dan Sdr Chee Yeeh Cheu telah telah dihadiri oleh ahli- ahli dari Pulau Pinang , Kedah dan Perlis.
Diakhir sesi seminar, Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen merangkap Pengerusi cawangan NUBE Northern Region - PKP dalam konteks ucapannya telah menerapkan semangat solidariti dalam kesatuan dan semoga ahli-ahli yang hadir dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi.
Beliau juga mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan tahniah buat Biro Pendidikan yang diketuai oleh Sdr Haji Mohamad Ilyas Humayoon Kabeer dibantu oleh Sdri Siti Haryati Kamal serta Sdri Mazira Nazir bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan berjaya.