Sungai Petani , Kedah 18 Februari 2020 -NUBE NR PKP dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan UOB Cawangan Sungai Petani bagi sesi 2020- 2021 Mesyuarat kali ini dihadiri oleh Pengerusi NUBE NR PKP Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen dan Naib Pengerusi Sdr L.Baskaran turut hadir bersama Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdri Siti Haryati dan Sdri Suhaili serta Ahli Jawatankuasa kerja Sdri Nurul Huda dan Sdr Elias.
Ucaptama mesyuarat dari Sdr Baskaran menekankan supaya ahli- ahli meningkatkan kefahaman dan perpaduan dengan cara mempergiat diri lebih aktif dalam Kesatuan. Hal ini supaya sebarang ancaman dalam sektor perbankan yang menganggu gugat pekerjaan hari ini atau masa akan datang mampu dihadapi bersama. Ahli- ahli juga diingatkan supaya meningkatkan ilmu pekerjaan untuk terus kekal relevan.
Mesyuarat yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Sdri Noorazarul Asma selaku ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) kemudian di ikuti oleh taklimat daripada Sdr Abdul Jamil diakhiri dengan sesi soal jawab. Syabas dan tahniah atas perlantikan IRC yang baru.
Dalam pada itu, lawatan kerja dibeberapa buah bank cawangan lot 88 Sungai Petani iaitu Affin Bank , RHB Islamic dan Bank Muamalat turut dilakukan. Para ahli juga dimaklumkan mengenai Kursus Intermediate Level Seminar dan Kejohanan Bowling NUBE NR PKP yang akan diadakan pada Mac 2020.