Ayer Itam, Pulau Pinang 26 Februari 2020 -
NUBE Northern Region yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Eswaran PJM bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Alvin dan Sdr Azlan telah hadir ke Mesyuarat Tahunan (AGM) CIMB Bank Ayer Itam, Pulau Pinang.
Menerusi mesyuarat ini , ahli - ahli dinasihatkan supaya menjaga kecekapan dan tatatertib ditempat kerja , meningkatkan ilmu pekerjaan untuk kekal relevan dan mengaktifkan diri dalam aktiviti Kesatuan agar segala cabaran dalam sektor perbankan mampu dihadapi bersama.
Selain itu, IRC dan ahli-ahli sangat berpuashati dengan penjelasan yang diberikan berkaitan perkongsian permasalahan ditempat kerja dan berterima kasih kepada Pegawai-Pegawai NUBE NR yang hadir. Syabas dan tahniah buat perlantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) yang baru bagi sesi 2020 - 2021.