Bakar Arang , Sungai Petani 26 Februari 2020 - Satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) RHB Bank Bakar Arang Sungai Petani hari ini telah diwakili oleh Pegawai- pegawai NUBE NR PKP iaitu Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdri Siti Haryati dan Sdri Suhaili bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdri Nurul Huda dan Sdr Elias.
Agenda mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan alu - aluan dari Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) Sdr Razmadi dan kemudian perkongsian dari Pegawai- pegawai NUBE NR PKP.
Dewasa ini,perkembangan teknologi yang menjurus ke arah revolusi perbankan telah memberi kesan buruk terhadap pekerjaan. Oleh itu, ahli - ahli dinasihatkan supaya lebih bersedia bagi menghadapi sebarang ancaman dan cabaran dalam sektor perbankan dengan bergiat lebih aktif dalam kesatuan, tahu mengenai sekuriti perkerjaan, meningkatkan ilmu pekerjaan serta memastikan sokongan solidariti terhadap kesatuan akan terus diperkukuhkan.
Mesyuarat diakhiri dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) bagi sesi 2020/2021. Syabas dan tahniah buat perlantikan baru bagi ahli- ahli RHB Bank Bakar Arang, Sungai Petani.