8 April 2020. Kuala Lumpur.
Kesinambungan kerjasama di antara MTUC-ILO MRC dan Kedutaan Bangladesh yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung MTUC, Sdra J Solomon dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Tuan Yang Dipertua Wahida Ahmed, pegawai MRC yang dibantu oleh sukarelawan dari kesatuan sekerja, pelajar dan pekerja bukan ahli kesatuan sekerja yang lain telah bekerjasama untuk membungkus semua barangan makanan yang dibeli di pasar hyper Mydin oleh Kedutaan Bangladesh.
Para sukarelawan kami bersama kakitangan Kedutaan Bangladesh telah membantu proses pemunggahan semua barangan makanan untuk 500 pekerja Bangladesh yang dianggarkan terkandas akibat tidak menerima gaji semasa PKP ini.
Penyelaras MRC kami Sdra K.Somasundram dan Pegawai MRC, Sdra Aiman telah berusaha dengan sukarelawan untuk penghantaran barangan makanan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Cyberjaya.
Presiden Kakitangan Seragam Pos Sdra . Ismail dengan kerjasama dan bantuan kenderaan yang disediakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif POS Malaysia dan rakan-rakannya adalah bertepatan sekali di dalam keadaan sekarang demi memperluaskan bantuan mereka sebagai CSR Pos. Pengedaran barangan tersebut akan dimulakan paa hari ini oleh mereka.
Terima kasih juga kepada Sdra. Tai Zee How yang menjadi pegawai Khas kepada Timbalan Menteri ketika ini juga dengan sukarela menyusun barangan makanan untuk proses pengagihan.
Setiap pagi bermula pada jam 10 pagi, kami akan memulakan pengedaran kami dari Kedutaan Bangladesh di Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh yang terletak di No-5, Lot 9 & 10, Jalan Sultan Yahya Petra, Pusat Latihan Polis Malaysia, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kami memerlukan lebih ramai sukarelawan dan sila hubungi Penyelaras MRC Sdr K Soma yang akan memberi taklimat kepada anda mengenai tugasan anda.
Kami menyeru kepada semua kesatuan sekerja untuk meneruskan bantuan kami kepada pekerja yang memerlukan tanpa mengira kewarganegaraan mereka.
Tamadun yang dikongsi bersama adalah asas kepada kedamaian dunia.