Pada 22 September 2020, Ahli Jawatankuasa NUBE Cawangan Ipoh, Bro Thiagarajan, Bro Nasirudin and Sis Sharen, telah mengunjungi CIMB Cawangan Tasek, Ipoh.
Dalam kunjungan itu, semua ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa dan kesan digital perbankan yang akan datang pada masa depan. Mereka juga dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan NUBE dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.