Butterworth , Pulau Pinang 17 September 2020 - Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Jeevan dan Sdr Karthigesan bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Shukri telah menjalankan satu sesi lawatan kerja ke Cimb Bank dan Public Bank Taman Selat serta UOB Bank Butterworth.
Ahli - ahli dikemaskini dengan isu semasa dan juga dinasihatkan untuk terus mematuhi operasi standard prosedur (SOP) sewaktu bertugas. Selain itu, ahli - ahli juga disarankan agar kekal berhubung untuk khidmat nasihat atau mendapatkan maklumat yang sahih kerana pengurusan komunikasi yang berkesan mampu memangkin kesepaduan atau solidariti sekaligus memberi kesan positif kepada organisasi.
IRC dan ahli-ahli sangat berpuashati dan berterima kasih kepada Pegawai-Pegawai NUBE NR yang hadir.