Sifatnya pendiam, namun
Jasa yang dicurah, tidak terbilang.
Jiwa raga beliau sentiasa untuk pekerja dan kesatuan, dalam apa jua keadaan.
Walaupun uzur dalam usia meningkat, semangat beliau tidak pernah lentur, demi pekerja, beliau terus berbakti.
Itulah insan bernama Boscko Augustin,
Setiausaha Agung Kesatuan Tekstil dan Pakaian Johor serta
Setiausaha MTUC Johor
Sehingga ke hembusan nafas terakhir, mendiang mencurahkan bakti dan jasa demi ahli dan kesatuan tercinta.
Kami kehilangan wira dan pejuang pekerja,
Kami tangisi kehilangan sahabat dan rakan perjuangan serta pemimpin contoh.
Moga Tuhan sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Sdra Boscko dan memberi kekuatan kepada keluarga mendiang dalam menghadapi pemergian mendiang.
NUBE menghulurkan penghargaan tertinggi kepada mendiang Boscko. Segala jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.
J Solomon
Setiausaha Agong NUBE