Sungai Petani , Kedah 2 September 2020 -NUBE NR PKP diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdri Siti Haryati dan Sdri Suhaili hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan AFFIN Bank Cawangan Sungai Petani bagi sesi 2020- 2021.
Mesyuarat yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Sdri Mimi selaku ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) dan diikuti dengan perbincangan mengenai permasalahan yang timbul di tempat kerja.
Selain menekankan mengenai Pematuhan SOP Covid - 19, Ahli- ahli juga diingatkan supaya bergiat aktif dalam Kesatuan dan meningkatkan ilmu pekerjaan untuk terus kekal relevan.
Syabas dan tahniah dari Pegawai- pegawai NUBE NR PKP atas perlantikan IRC yang baru.