KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membidas keputusan Putrajaya membenarkan hanya 10% kakitangan pengurusan dan penyeliaan bekerja di pejabat, menyifatkannya satu diskriminasi dan mengelirukan.
Setiausaha MTUC Bahagian Kuala Lumpur dan Selangor Mohd Faisal Husin berkata peraturan Bekerja Dari Rumah (BDR) itu mempunyai banyak kelemahan ketara, selain kerajaan gagal merujuk pemegang taruh seperti kumpulan majikan dan wakil pekerja.