Bukit Mertajam , Pulau Pinang 6 November 2020 - Setiausaha Kehormat NUBE NR-PKP merangkap Bendahari Agung NUBE Malaysia Sdr Chee Yeeh Ceeu bersama-sama Ketua Zon Sdr L. Baskaran merangkap EXCO NUBE Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Sdr N. Karthigasan telah melaksanakan lawatan kerja di Public Bank Taman Bandaraya, UOB Bank Sri Rambai dan Public Bank Bukit Mertajam pada hari ini.
Pegawai - pegawai NUBE NR-PKP telah membuat pemantauan serta berjumpa dengan pihak Pengurusan Bank untuk memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa kekal dipatuhi terutamanya di kawasan Zon merah.
Selain itu, Pegawai- pegawai NUBE NR PKP telah memberi khidmat nasihat kepada ahli- ahli mengenai permasalahan di tempat kerja dan ahli-ahli disaran untuk menjalankan tugas dengan penuh berhati-hati mengikut SOP yang sedia ada bagi mengatasi wabak pendemik Covid-19 ini.
#HidupNUBE
#KitaJagaKita