PUTRAJAYA: Jangkitan Covid-19 hari ini turun kepada 3 angka dengan 852 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 1,168 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 825 kes sembuh dilaporkan hari ini.
Katanya, Sabah mencatatkan 524 kes daripada keseluruhan jangkitan diikuti Selangor 148 kes.