KAKITANGAN bank berhak menerima bayaran khas kerana mereka juga menjalankan tugas penting seperti petugas barisan hadapan semasa pandemik Covid-19, kata kesatuan.
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) berkata sebahagian pekerja dijangkiti semasa bertugas, manakala ramai lagi yang terpaksa menjalani ujian saringan.