#HSBC Malaysia mendiskriminasikan pelanggan-pelanggan biasa dan setia.
Lebih 5,000 pelanggan-pelanggan setia HSBC dan kakitangan bank itu di arah mengosongkan Peti Simpanan Keselamatan (Safe Deposit Locker) yang disewakan kepada mereka di Ibu Pejabat HSBC cawangan Kuala Lumpur (KLH) dengan serta merta.
Namun layanan istimewa telah diberikan kepada pelanggan-pelanggan bank kelas Premier, Si Kaya diberi pilihan untuk menyewa Peti Simpanan Keselamatan di cawangan HSBC yang terpilih manakala Si Miskin diarahkan tutup Peti Simpanan mereka dan berambus.
Satu Peraturan untuk Si Kaya dan Satu Peraturan untuk Si Miskin!
Inilah HSBC! Hanya bercakap kosong sejak dahulu, hanya bercakap besar kepada seluruh dunia!
HSBC adalah munafik terbesar malah mereka tidak mematuhi nilai-nilai mereka sendiri.
Konon akan beri layanan SAMA RATA kepada SEMUA pelanggan tetapi sebenarnya memang pilih bulu kepada Si Kaya, manakala kepada Si Miskin yang kebanyakannya adalah pelanggan yang setia untuk lebih 40 tahun, kesetiaan mereka dibakul sampahkan oleh bank tersebut
#NUBE telah mendapati ramai pendeposit dengan hati yang sedih dan dalam keadaan berkerumun di HSBC KLH terpaksa mengeluarkan barangan berharga mereka daripada Peti Simpanan Keselamatan seperti yang diarahkan oleh HSBC. HSBC juga dilihat telah gagal mematuhi SOP daripada Majlis Keselamatan Negara #Covid-19.
Ada yang kelihatan terpinga-pinga dan ada yang menangis kerana mereka tidak tahu untuk berbuat apa dengan barang berharga mereka selepas dengan biadapnya bank mengarahkan Peti Simpanan Keselamatan yang disewa itu ditutup.
Inilah yang ditunjukkan oleh HSBC, kejam, berhati batu, menjaga kepentingan sendiri sahaja dan membuli pelanggan warga tua dan kakitangan bank dengan menutup Peti Simpanan Keselamatan dalam tempoh ini tanpa mempedulikan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan bank semasa pandemik #Covid-19.