NUBE mengalu-alukan ‘keberanian’ Zafrul mendesak wakil rakyat untuk mengetepikan politik kepartian dan mengutamakan rakyat.
Tetapi Zafrul dan Kementerian Kewangan yang dipimpinnya ibarat meludah ke langit apabila memberi nasihat sedemikian.
Beliau memberi ‘nasihat’ tetapi sendiri tidak membuat apa-apa untuk mengurangkan sebarang penderitaan ahli NUBE.
Sikap membisu Zafrul, hanya menjadikan perompak bertopengkan usahawan besar yang juga bekas rakannya lebih cenderong memusnahkan mata pencarian pekerja dan keluarga B40 serta M40.