Pada tahun 2015, Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch telah mengumumkan denda ke atas HSBC atas kesalahan kegagalan pematuhan kawalselia penggubahan wang haram.
Rakaman ini membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh bank tersebut.
HSBC sebagai sebuah bank gergasi antarabangsa jelas tidak menghormati undang-undang di seluruh dunia dan hanya mementingkan keuntungan dan berterusan melakukan jenayah.
Nampaknya begitu juga yang berlaku di Malaysia di mana HSBC terus menganiaya pekerja B40 dan M40 dengan melanggar Perjanjian Bersama yang diiktiraf oleh Mahkamah Perusahaan Malaysia. Sehingga kini, semua tindakan terkutuk HSBC ini juga dilihat dipersetujui oleh Kementerian Sumber Manusia dan Bank Negara Malaysia.
#HabislahPekerjaMalaysia