Pautan link di atas adalah dipetik dari Laman Facebook Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Tahniah diucapkan kepada Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia bersama pegawai - pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia kerana telah dapat mengadakan perjumpaan secara bersemuka pada waktu pandemik sebegini.
Ahli-ahli NUBE berharap pertemuan tersebut adalah antara lain memberikan keutamaan bagi membincangkan isu - isu pekerja B40 dan M40 di HSBC serta aduan - aduan yang telah dimajukan oleh NUBE kepada kedua - dua Menteri tersebut.
Oleh kerana undang-undang Malaysia tidak memberikan kuasa kepada NUBE untuk mengambil tindakan terhadap perlanggaran yang dilakukan oleh HSBC, kami berharap para menteri yang telah diamanahkan kuasa dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan telus dan ikhlas.
Semoga NUBE dapat menerima maklum balas yang diharapkan dari menteri - menteri tersebut setelah sekian lama aduan dimajukan kepada pihak mereka.
#PekerjaKuasaPerubahan